Saturday, December 19, 2009

Mari housemate dengan ku~

Assalamualaikum...
hohoho..
aku dah buntu...
taktau nak buat macam mana lagi nieh..
kawan2 ku, mari tolong!!!
begini masalahnya:
(camne nak mula yeer??)

Bismillahirrahmanirrahim...
ok,
next semester...
kene duduk kat rumah sewa..
rumah sewa dah dapat.. according to my friend, fify...
Thanks fifi...


According to Fifi, details rumah tu camnie:

Lokasi: Dekat-dekat dengan stesen minyak petronas, dekat-dekat dengan UiTMPP... boleh tumpang bas UiTM skali..
Jenis: Rumah teres, besar dan cantik! (aku tak pernah tengok)
Bilik: 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Harga: RM650.00 (kongsi2 la bayar...)

ok... the problem is: housemate tak cukupppp!
So, sesiapa yang berminat nak ber-housemate denganku, sila hubungi aku secepat mungkinnn!
segala persoalan,akan ku ajukan kepada Fifi. Contact aku kay, **********
Ok, sekian terima kasih.

Saturday, December 12, 2009

Unsuitable Title~~~

Assalamualaikum...

Hoho...
Lama betul aku tak post entry baru... blogwalking pon dah kurang sekarang ni.

huhu.. takpe2... sorry la kawan2... aku sibuk kat kedai aku... oye, ade beberapa orang mintak aku perkenalkan kedai makan family aku tu.. InsyaAllah, kalau aku sempat and ade mase, aku post kat blog ni. erm.. budak-budak UiTM Shah Alam tau la kedai ni kat mana..

Oye, cakap pasal uitm, tringat plak aku, semester depan dok rumah sewa. Rumah yang mana, tak confirm lagi.. Result final exam aku pon dah keluar... huh.. kecewa skit... sebab lagi sikiiiiiiiiiiiiit je nak capai impian aku.. tapi tak dapat jugak anugerah dekan tersebut.. Takpe fina, ko ade 5 semester lagi. berusaha laaaa... Thanks erk kawan2 yang telah beri sokongan.. Camne dengan senior2 yang lain???Abang Jamal, Khalil, Apih, Fitri? Kak Aina, Jalilah??? hohoho.. tak sabar nak jumpe semua senioreeetas aku tuh.. hehehee


ok2...
dah lewat nie.. lain kali sambung... bye... sampai ketemu lagi...
wassalammmm

Monday, November 23, 2009

tengok btol2!!! (2)



















































FiNa: besar tol bakat dorang melukis-lukis ni kan.. kagum tol... aku teringin lak nak ade bakat macam dorang.. sedangkan hakikatnya aku memang sukeee sangat melukis.. huhu...
bersyukur dengan bakat sedia ada...


tengok btol2!!!





Saturday, November 21, 2009

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan