Friday, April 8, 2011

Semoga kau cepat sembuh dik.

Assalamualaikum...

Waaah! Harini aku akan bertolak ke UiTM Perlis untuk pertandingan nasyid. Yeayh! Tak sabar rasanya. Tapi aku belum siap packing. So kene out dah. 

Jap, sebelum aku out, aku nak cerita sesuatu. Hari Isnin haritu. Salah seorang ahli nasyid Philosophy accident. Masa tu, dia dan kawan-kawan dia nak pergi bandar Perda untuk cari kopiah untuk pertandingan esok. Tapi, ada sebuah kereta berwarna biru, pemandu perempuan makan jalan dia. So, kereta tu terkena belakang motor tu. Habis tergolek-golek dak laki tu. Paling malang, perempuan tu buat tak tahu dan terus blah. Tension aku dengar cerita tu. Bila aku dapat tahu je terus aku bergegas pergi Hospital Seberang Jaya. Bagai nak gugur jantung risaukan dia.

Keadaan dia agak teruk jugalah.  Kening dan dagu dia berjahit. Dahlah masa doktor jahit tu aku ada kat situ, memang mengalirlah air mata tengok dia macam tu punya parah. Tak sangka dia terpaksa menanggung rasa sakit tu. Semoga kau cepat sembuh dik.

Sekarang dah hari jumaat. Dia masih belum keluar wad. Aku baru dapat tahu, insyaAllah dia akan keluar petang ni. Harap sangat dia dapat keluar. Dia tak dapat keluar sebab suhu demam dia tak turun-turun.
Nampaknya dia tak dapatlah nak join pertandingan sulung Philosophy ni. Sangat sedih. Suara dia sedap kot. Tak tahulah nanti macammana. Harap Philosophy boleh survive tanpa dia.  

Okelah. Aku nak kene out dah. Wassalam.

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum...


Siapa yang tak kenal Ben Ashaari? Semua orang pasti kenal punya kan? Terutama yang kaki blog la kan. Dia dah mula nak buat projek baru. Aku selalu jadi silent reader je kat blog beliau. Oke, klik pada gambar untuk ke blog beliau.  :) Itu saja untuk harini. 

Wassalam...

Friday, April 1, 2011

Aku bahagia?

Assalamualaikum...

eLLow! Terima kasih kepada yang membaca (itupun kalau ada yang membaca la kan.... :D )

So, what's up? Sihat? Maaf la dah lama tak update... (alaaa, bukan ada orang tunggu kau update pon Fina oiii!)   -.-"

Biasalah.. busy sangat. Persatuan Kesenian Islam memang menuntut aku hampir 22/7 kot. Pelajaran pun entah kemana. Takdelah 24/7 sangat. Sebab tido pon tuntut aku jugak...  :P

Kredit Gambar : Google images

Ya Allah... Serius aku cuak gila nak final exam. Kejap je lagi. Dahlah dengan sistem UiTM yang gila punya rushing sebab nak habiskan final exam dalam 10 hari je. Memang tak ada gap la final aku. Berturut-turut je. Nasib baiklah bila aku tengok jadual aku, tak ada subjek aku yang kene 2 subjek dalam 1 hari. Semua adalah hari yang berbeza walaupun berturut-turut. Kesian kawan aku yang mengalami nasib sebegitu. Hohoho... Sabarlah kawan!

Kalau semester lepas, boleh jugalah struggle sebab ada study week dan ada gap antara subjek dalam 2, 3 hari minimum. Tapi semester ni? T___T

Kawan-kawan aku ramai yang balik ke kampung halaman. Tapi aku? Tak ada peluang langsung. Sebab kerja bertimbun. Hadui.

Sejak jumaat. 1/4/2011 sampai ahad 10/4/2011 tu dah mula minggu test. Tapi 9 April nanti, aku akan ke UiTM Perlis untuk menjadi pengiring kumpulan nasyid UiTM Pulau Pinang, Philosophy. Ada pertandingan. Terpaksa extend test untuk hari itu.


Sebahagian PHILOSOPHY + Sebahagian IRFAN dari USM

Philosophy ni semuanya budak-budak baru. Tak tahu lagi sejauh mana kemampuan mereka. Kalau dah lepas saringan pun aku dah cukup terharu. Kalau mereka masuk final pun mungkin mampu buat aku menitiskan air mata. MUNGKIN. Hopefully. InsyaAllah...

Walaupun aku sibuk, aku suka. Mungkin terkadang aku merungut juga bila banyak kerja tergendala, tapi aku tak pernah terfikir untuk melepaskan semuanya. Sebab aku sayang persatuan dan kelab aku. Aku harap sangat pelapis aku nanti sayang pada persatuan dan kelab aku macam aku sayang. 

Terlibat dengan serius dalam persatuan dan kelab bukanlah alasan untuk  merosot dalam pelajaran. Kerana kita perlu pandai membahagi masa dan tugas. Kalau kes aku ni lainlah. Sebab rakan setugas aku masih belum ramai memandangkan Persatuan Kesenian Islam ni masih baru dan belum ada ramai ahli. Harap selepas ni ramailah yang akan meneruskan perjuangan ini. 

PERSATUAN KESENIAN ISLAM : Towards Islamic Art Priority


Sampai di sini. Wassalam.







Thursday, March 24, 2011

Telah update novel! Sesuci Cinta Bahagian 3!

Assalamualaikum.


Sambungan bahagian 2. Siapalah yang tertunggu-tunggu tu ye? Jadi sudilah baca bagi sesiapa yang berminat.

Siapakah gerangan yang dipanggil 'Baby' oleh Aiman Firdaus itu? Siapakah???




Maaflah dah lama tak update blog ni. 

Wassalam.

Monday, March 14, 2011

Malam Aspirasi Islam Anjuran Persatuan Kesenian Islam

Assalamualaikum.

Orang kata sekeping gambar itu menceritakan segala-galanya.

Aku sangat busy sebagai pengarah program sampai sangat lama tak update blog ni. Jadi sekarang aku sertakan gambar-gambar ini untuk mewakili aku menceritakan segalanya.

Tarikh: 12 Mac 2011
Masa : Pagi sampai malam
Artis Jemputan : Far East




Dan akhirnya.....

Dan banyak lagi gambar di sini dan sini.

Lagipun tadi aku dah post entry kat sini.