Showing posts with label sad..... Show all posts
Showing posts with label sad..... Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Tempat kerjaku yang bakal ku rindui.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Sihat saja kan? Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Hari ini nak cakap pasal apa ya? Sebelum apa-apa, aku nak cerita dulu, aku dah nak berenti kerja!!! Yeay! Tak sabar rasanya. 17 haribulan 8 nanti adalah tarikh terakhir aku akan berkhidmat di Flextronics Shah Alam. Keputusan ni aku memang dah fikir masak semasaknya. Okey harini aku nak cerita pasal kawan-kawan kat tempat kerja aku lahhh... :)

Gembira memanglah gembira sebab tak sabar nak sambung Degree pula. Tapi jauh di sudut hati, rasa sedih untuk tinggalkan tempat kerja aku ni. Yelah, kawan-kawan pun baik-baik belaka. Kerja pun takdelah busy sangat cuma aku je yang selalu mem-busy-kan diri.Yelah, kejap-kejap buat kerja, kejap-kejap merayau ke HR, kejap-kejap mengorat. Upssss! 


Macam-macam perangai mereka ni. Gambar di atas diambil semasa kami pergi makan steamboat kat Flamming sempena majlis perpisahan seorang engineer, Kak Liza (baju pink tudung pink). Mereka di atas baru sebahagian dari jumlah team aku. Ada lagi yang malu-malu miaw je nak amik gambar, ade yang dah balik. Aku? Akulah tukang ambil gambar. Hehe...

Team kami ni ada 4 orang sahaja perempuan. Dua orang engineer, dua orang technician. Kak Liza dah berhenti, tinggallah kak Aida keseorangan sebagai engineer wanita. Kalau aku berhenti kejap saja lagi, Kak Niza pun akan keseorangan sebagai technician wanita. Kalau Kak Niza kerja di shift pagi, bolehlah dia bermanja-manja dengan Kak Aida. Kalau Kak Niza shift malam, tak dapatlah. Kak Aida kerja normal, siang sahaja. Dah lah Kak Niza baru sahaja mengandung. :( Sabarlah ye Kak Niza...

Walaupun aku bekerja sebagai technician hanyalah 5 bulan kat sana, aku rasa macam dah banyak sangat pengalaman yang aku belajar dari mereka yang mematangkan aku. Termasuklah pembelajaran mengenai rumah tangga. Hehehe... InsyaAllah pembelajaran itu berguna dalam kehidupan aku kelak. InsyaAllah... :)

Okeylah. Sampai di sini sahaja untuk pertemuan kita kali ini. InsyaAllah bertemu lagi kita di entry yang lain pula ya. Jangan lupa klik iklan-iklan di blog aku ye. Tengoklah apa yang ada. Terima kasih... :)

 Assalamualaikum...


Wednesday, October 28, 2009

Melda Ahmad rakan sekelasku.



Assalamualaikum...


ok.. aku mengaku... hariku akan terasa kosong jika jari jemariku tak menyentuh laptop kesayangan aku nieh.. erm.. ade bantahan? takde2...

ok... exam? usah di tanya.. nnti aku mengeluh tak habis2.. nape? sebab satu perkataan je.. aku lupa perkataan 'bekerjasama' dalam bahasa inggeris. BOLEH TAK???!!! dush! dush! rasa nak kasi sebijik penumbuk kepada diriku sendiri...
ok, tu cerita semalam. lusa, aku ada exam Physics 143 plak...huhuuuhu...

guess what, aku tak sentuh buku langsung sampai malam ni. gile! sengallll...

ok2.. actually taknak pon hantar n3 menjela pada harini.. just nak gtau smlam,hidupku penuh dengan ketensionan, kegeraman,dan kecelaruan... Dengan internet yang lembab, mmg kepala otak ku jadi macam kertas remuk. huhu...

tadi tengok jap blog jard. erm.. baca entry pasal Imelda Ahmad, my classmate.. wah, da jadi penyanyi dia rupanya. erm.. dunia ni kecik je rupenye. tak sangka aku pernah satu klas dengan artis kan.. erm.. gambar kat atas tu, gambar kelas aku masa form 2. Imelda ahmad 7 dari kiri. aku, 10 dari kiri.

ok.. akui takde mood sebenarnya. erm.. skrg aku baru perasan, ramai jugak yang blogger yang mula tak bersemangat dengan blog masing2. dah tak macam dulu. aku kecewa. skit la... yela, klu dulu boleh bergurau2 lagi dalam blog, skarang dah tak lagi. komen pon dah tak balas. ke, aku yang emo? myb dorang bz.. kot... aku tau.. aku pon bizi gak sejak nak akhir2 ni. dapat jawatan mmg tanggungjawab yang berat. tapi siyes aku rindu gile masa2 tu. aku nak ulang balik time tu. boleh ke?

oye, baru teringat, aku belum update lagi cerita pasal aku jadi mc tu kan? huuhu.. nanti2 la aku update. tu pon kalau ade orang ingatkan k.. ok, myb mmg boring la n3 kalini. tapi, sorry sangat2...

p/s: ok tak templete ni?

wassalam..

~FiNa~

Saturday, February 14, 2009

di pondok kecil

lagu ni betul-betul menginsafkan aku. terfikir juga, tentu aku akan sesedih kanak-kanak ini seandainya ibu bapa ku pergi apabila sampai masanya nanti...lagu ini disampaikan oleh aeman feat bazli dari u.n.i.c. . hayatilah lirik ini...

Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami

Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cinta yang murni
Menegak kebenaran
Di muka Bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Airmata mengalir
Hatiku pilu

Diam-diamlah sayang
Jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera

Diam adikku sayang
Jangan menangis
Walaupun ayah gugur
Pastinya dia syahid

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun




jika kita di malaysia yang aman ini merasa akan tempias kesedihan lagu ini, bayangkan perasaan kanak-kanak yang berada di palestin... renung-renungkanlah...