Showing posts with label Selamat tinggal. Show all posts
Showing posts with label Selamat tinggal. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan bicara, saya ingin memohon jutaan maaf di atas segala ucapan yang akan saya sampaikan...Berkemungkinan besar saya tidak akan membuka blog saya dalam tempoh yang lama. Hal ini demikian kerana saya akan dihimpit kesibukan bermula lampiran ini diterbitkan.Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blog sekalian di atas perhatian anda terhadap blog ini.

Namun, sekiranya anda ingin menyampaikan sebarang komen atau sebagainya, amat dialu-alukan.Secara jujurnya, blogging adalah perkara yang paling saya gemari. Dan kerana itu, hati terasa berat untuk meninggalkan blog ini, apatah lagi dalam tempoh yang lama.

Saya berharap, rakan blog sekalian akan terus berkecimpung dalam dunia blog ini untuk menyampaikan idea- idea membina dan berkongsi cerita sebagai panduan hidup dan keperluan masa hadapan untuk kepentingan kita bersama.

Akhir kata, selamat berkongsi idea dan membagunkan blog demi negara yang tercinta.

Wassalam...
FiNa