Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua.



Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin...
Salam 0-0.. (bak kata satu radio tu)
(taknak mention sebab dia tak sponsor pape dalam blog aku ni. hahaha!)

Ok,
banyak benda aku nak minta maaf ni..

Pertamanya,


Maaflah selama ni aku dah abaikan nafkah korang
untuk suap entry kat blog ni.
 biasalah.. busy kan..
busy sangat2..
busy main game COC.
Penting tu sebab aku la yang menentukan
kemenangan clan aku walaupun
hanya menyumbang 2 bintang je.



Aku tak tahu korang baca ke entry aku di pagi raya ni.
Ke korang tengah Sembahyang Raya?
Hehehe.. Bagus bagus..
Korang hairan ke aku tak pegi sembahyang raya?
tak payah nak hairan sangatlah.
Aku pakai schedule la post ni.
haa.... percaya tak?
percaya laaa...
sebab pagi2 raya ni aku takdenye nak nipu korang.
(walaupun sekarang ni aku tengah taip bukan di pagi raya lah)



Keduanya,
aku mintak maaf jugak kalau aku ade ter-gebang kat blog ni kan.
Yela, kadang kita gebang untuk sedapkan cerita.
ye dak?
haaa..
korang jangan nak buat-buat innocent tak pernah gebang dalam blog ni.
haha...
mesti pernah kan?
haip! jangan tak ngaku...



Ketiganya..
err.. ape lagi ek..
aku mintak maaf kalau post aku pernah
membuat korang tersentap ke ape ke kann..
yela mana tau aku punye post ade yang deep sangat kan?
contoh post yang deep tu macam..
emm...
ha... kan?
ade ke yang sentap?
ke aku yang perasan lelebih ni?



Hmm.. Dah ke berapa tadi??



Oh yang ke empat ye.



Ok yang ke-4 Nye,
aku minta maaf kalau aku jugak pernah
tak tertunaikan janji pada korang.. t
ak kisah lah janji yang mana satu..
Em..
contohnya aku janji nak selalu post kat blog ni
tapi tak terpos-pos pon kan...
yela manusia kan mudah lupa...
eh manusia ke Melayu yang mudah lupa tu? Melayu eh?
 Nasib baik aku bukan Melayu.
Aku mix Melayu-Jawa...
haa..
so aku takde la mudah sangat lupa..
Aku cuma lupa janji-janji yang dibuat untuk diri sendiri je.. j
anji untuk orang lain insyaAllah
aku akan berusaha sekeras-kerasnya supaya tidak lupa.
Janji untuk diri sendiri aku ape?
ha...
satu masa nanti aku akan buat satu entri
untuk bagitau korang apa janji-janji aku yang pernah muncul
dilubuk hatiku yang paling dalam..
ha, tengok tu,
berjanji lagi..
Adoiaiii~



Eh macam dah lari tajuk je.



Ok lah...
Aku pon tak ingat dah amenda aku nak mintak maaf lagi.
Korang nak aku minta maaf lagi ke?
kalau nak korang tulis kat komen la kalau ade salah aku yang tak tersebut lagi.



Okey lah...
raya ni jemputlah datang rumah aku kat Shah Alam..
kalau ade sesiapa nak datang contact aku la minta alamat..
ke korang semua dah tahu?
kalau belum tahu contact aku la ek..
camne nak contact?
komen je..
bebila aku teringat nanti aku bukak la komen tu..

haa..


Ok selamat menyambut raya di samping keluarga yang tercinta..
Makan kuih raya tu bajet-bajet sikit supaya tak boroi pulak
nak masuk kerja/sekolah lepas ni.
hahaha...



Ok bye.


Assalmualaikum.


Salam saying (aidilfitri),
Fina.



Monday, July 6, 2015

Beli baju raya

Assalamualaikum..


Malam tadi beli baju raya untuk adik-adik... tukang pilih baju je la.. parents yang bayar...


Beli baju melayu budak je. Darjah 6. Still bahagian kanak-kanak la... Tengok harga, RM55 something.


Aik??? Mahal beb.. Baik beli baju dewasa. huhuhu...


Tapi ape nak buat? beli jugak la. Dah memang harga standard dia.


Sebelum ni (zaman aku belajar), aku tak pernah tengok harga. Parents aku suruh pilih je. Sekarang bila dah kerja, aku beli sendiri baju raya. Bagi aku mahalnya baju yang aku beli... Beli untuk diri sendiri je, tetap terasa kemahalannya..


Harga barang-barang sekarang memang mahal. Tak tahulah kalau dah berkeluarga kelak, harga mesti jauh lebih mahal dari sekarang.


Moral of the story:
1. Hargai ibubapa anda yang banyak berpenat lelah kumpul duit untuk beli pakaian raya anak-anak.


2. Nak beli baju raya kene kumpul duit daripada bulan Zulkaedah, bukan bulan Ramadan.


3. Beragak-agaklah masa nak pilih baju raya, jangan terlalu boros.


4. Berjimat-jimatlah dalam perbelanjaan. Dunia dah makin mahal. tapi ingat, Akhirat lebih mahal.


Ok bye.


Assalamualaikum...

Sunday, July 5, 2015

Hai semua! I'm back!!!

Assalamualaikum....




Hai semua.. Rindu aku tak? kihkihkih.. perasanlah fina oi..




Tapi seriously, aku rindu seh kat zaman blog ni. Kenapa eh blog jadi sepi? Adakah sebab blogger2 yang aku kenal semua dah kawen? Dan terus hanyut dek kebahagiaan (atau kesibukan) alam rumah tangga?




Aku pon tak pasti post aku ni ade orang baca ke tak. Tapi kalau ada yang baca tu hit me in the comment box, ok?




Tapi kalau takde yang baca, aku anggap blog ni sebagai diari maya aku je. Boleh? So boleh ke aku nak luahkan perasaan aku kat sini? bahaya tak? ko rasa? entah...




Oh ya. korang ape kabar? baik?? bagus la kalau baik.. Aku pun baik jugak. Cuma.. emm.. aku dah bosan..




Bosan dengan apa? bosan dengan hidup mungkin? Stress dengan keadaan sekeliling. kot... Padahal kerja aku takde la stess mana,.. buktinya? aku tengah taip ni time aku kat tempat kerja. hahaha.. mati la kalau bos aku baca blog ni. hahaha..




Aku sebenarnya banyaaaakk benda nak cerita kat blog. Tapi tak de internet selaju internet company ni. hahaha... so ade masa lapang sikit ni boleh la aku nak post kat sini.




Aku tengok last post aku adalah pada bulan puasa beberapa tahun lalu. (2012 kot?) La ni aku post ni pun bulan puasa jugak. Tapi aku pon tak tahu ape aku merepek kat blog ni. Patutnya pada bulan mulia penuh barokah ni aku post something useful, informative and productive entry (ewah speaking!). Tapi tu lah.. nasihat pada diri sendiri pun ke laut, apa lagi nak nasihat korang ye dak? huhuu...




Em... Lagi 10  hari dah nak raya. Tapi ape makna raya ni untuk aku? Yang pasti raya ni aku kene prepare jawapan untuk soalan-soalan hot sempena raya, iaitu; "Bila nak kawen?" Arghhhhhhh!!!!! tu la soalan yang boleh buat aku stress sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, 2 pinggan baru kenyang kot. Kenapa harus wujud soalan tu dalam dunia ni? Why?? Why???Whyyyyy??!!!! Andwe!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ha tu dia..




Biasanya bila aku baca post2 orang lain, bila tang ni parents depa akan tenangkan hati depa. Tapi aku? Biasanya mak pak aku la yang selalu tanya soalan tu kat aku. Dan aku pon bertambah-tambah la stressnye.






Ok la.. dah panjang aku membebel ni.. Aku nak teruskan kerja aku.. Ok bye~










Yang stress,
Fina.

Sunday, July 14, 2013

Promosi Ramadhan: Tudung 4 lapis cantik menarik

Assalamualaikum semua.

Di sini ada beberapa helai tudung untuk tatapan anda. Harga yang murah dan mampu milik. Kesemuanya berharga RM50 setiap helai termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia.

Jika berminat, sila private message (pm) di page saya [Fina's Blog] atau terus komen di [album ini].


Tudung 1

Tudung 2

Tudung 3

Tudung 4


Tudung 5

Tudung 6



Tudung 7



Tudung 8

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan tudung dengan harga yang murah dan cantik!

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Raya dot dot dot...

Assalamualaikum.... Salam 1 Malaysia.

Ohoiii... Masihkah anda dalam mood raya? Ceh... bagi aku, TAK! TAK! TAK!  (T___________T)
Sebab sekarang, aku sudah pun selamat sampai ke Pulau Pinang  lah..

Aku balik ke Penang hari sabtu, 18 September 2010. Hu... sangat sedih sebab time tu hari jadi adik bongsu aku, Razif yang ke-7. Huhu..

Ni lah kek yang aku dan adik aku, Adin  pilih di Seksyen 18... Cantik tak??Comel je kek ni. Kecik. Yela kitorang cuma berenam je.. buat ape nak besar2 kan.. ehehe... Dialog ketika di kanter, masa nak bayar kek:
 ........................................................................................
Jurujual (J) : Nak lilin berapa?
Aku (A) : Macam mana kira?
J: Free je
A: Ouh... Erm... bagi 7 lah.. (sebab adik aku kan masuk umur 7 tahun.)
 .....................................................................................

Lepastu terus jurujual tu terbeliak pandang aku. Adin pulak buat pandang tempat lain pulak. Dan aku pulak tertanya-tanya kenapa terjadinya kejadian tersebut.
Keluar je kedai,
 ...................................................................................
Adin : nak sumbat mane lilin banyak2 tu, bukan besar sangat kek tu. Apela... 3 je cukuplah
aku: Eh?? banyak sangat ke? baru kakak ingat nak mintak lebih.. percuma la katakan...
Adin: Percuma pon agak2 lah~ adoi...
aku dalam hati: La~ salah ke.. huu.. mane aku tau... first time beli kek daa~
 ..................................................................................



Ngaaa~
Raya ke 2,3 dan 4, kami pulang ke kampung di Sabak Bernam. Dan bila dah sampai Sabak Bernam memang tak sah kalau tak ke pantai Bagan Nakhoda Omar. Memang cantik pemandangan kat pantai tu.


Kalau dulu, pantai tu hanyalah pantai biasa, sekarang pantai itu telah di naik taraf untuk menarik perhatian pengunjung. Keistimewaan pantai tu, ada kelong. Jadi sesiapa yang teringin nak cuba2 pengalaman baru bermalam di rumah jenis kelong, datanglah ke pantai ni. Cantik...
Suasana senja yang mengasyikkan.


Mama dan Papa terkenang kisah lama.


Sebagai penduduk Shah Alam yang telah 16 tahun duduk di Shah Alam, memang gile kelakar kalau perkembangan bandar sendiri pon tak tahu walhal seluruh penduduk Malaysia dah tahu tentang kewujudan tempat bernama  'i-City', dunia LED terbesat pernah aku tengok selama ni.
.


Sangat cantik lampu-lampu ini berkilauan






Atas: Adin yang bajet.
Bawah: Kakaknya yang comel... hehehe...

Ok lah.. tu je lah cerita yang sempat aku nak cerita. Nak update cerita setiap hari memang malas gila.
Ok, wassalam...