Sunday, July 22, 2012

Kenangan Berpuasa Zaman Dulu-Dulu (di UiTM Penang)

Assalamualaikum... 

Hai semua~ Selamat Berpuasa dengan ikhlas! Ingat ye, kita puasa ni bukan semata-mata kerana merasa lapar dan dahaga. Tapi haruslah ikhlas sebagai ibadah  di mana pahala semasa di bulan Ramadhan ni berlipat-lipat kali ganda darab besar sangat! Rugi la bagi sesiapa yang tak manfaatkan sepenuhnya bulan yang mulia ni. :)



Teringat dulu masa zaman-zaman kat UiTM Penang, wahhhh! Meriah sangat. Semua siswa mahupun siswi sanggup jalan kaki dari kampus ke Pauh Indah semata-mata nak ke bazar ramadhan. Tak ingat dah lapar dahaga yang dirasai sejak siangnya. Aku? Aku naik motor. So hampir setiap hari aku akan pergi bazar tu. Lagipun dulu aku menyewa dekat-dekat dengan situ. Hehe...

Hmm.. kalau agak-agak nak jimatkan bajet, jumpa kawan-kawan, bersilaturrahim dengan sahabat, aku akan ke Pusat Islam di kampus. Wahhh, best sangat. Selepas azan maghrib, kami akan makan kurma dan minum air je dulu. Selepas solat maghrib, barulah kami akan makan nasi. Makan nasi pula dalam dulang, satu dulang untuk di-share tiga empat orang. Rasa best sangat. Tak tahu kenapa. Mungkin kemanisan ukhwah. Tapi aku jarang iftar jami'e di Pusat Islam sebab aku duduk di luar kampus (Non-Resident). Kalau ada masa barulah aku menyertai sahabat-sahabat di Pusat Islam. Wah! Rindu sangat masa ni.

Tapi sekarang tiada lagi. Kenangan-kenangan itu tinggallah sebagai pengalaman yang mendidik aku untuk mengetahui kemanisan Islam sebagai agamaku sejak aku lahir dan insyaAllah sehingga aku kembali menghadap-Nya. Sekarang aku hanyalah ber-iftar-jami'e bersama keluargaku yang tercinta. Malah, ini juga adalah satu langkah untuk lebih mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga selain solat berjemaah yang sudah menjadi rutin harian kami. Alhamdulillah hubungan kami tidak pernah renggang. :)

Sampai di sini sahaja, semoga aku rajin lagi untuk update blog selepas ini. Selamat berpuasa. Wassalam... :)

1 comment:

Naz said...

Selamat berpuasa gak... Minta maap zahir jer..