Sunday, April 10, 2011

Pengalaman itu pasti mengajar

Assalamualaikum.

Haritu aku ada kata pasal salah seorang anggota Philosophy accident kan? Ha, perhatikan gambar di bawah. Ada seorang lelaki yang berjahit di kening dan dagu kan? Beliaulah yang aku maksudkan.   B) 


Haritu kat hospital dia tak kasi aku ambil gambar dia masuk blog. Dia kata tak hensom. So sekarang dah keluar hospital aku ambil dan terus masuk dalam blog. Hehe... Jangan marah dik... :P Awak tetap hensom okeh!
  

Gambar-gambar ni aku ambil di UiTM Perlis. Walaupun kami kalah, pengalaman berharga tu umpama sebutir permata yang sukar dicari.

Bila menyertai pertandingan macamni, mereka tidak akan lagi kekok untuk menyertai pertandingan-pertandingan selepas ini. Atleast mereka tahu flow sesebuah pertandingan dan mampu menjadi bekalan untuk masa hadapan. Mana tahu semester-semester depan aku tak lagi dapat bersama mereka. Pada masa tu mungkin aku akan lega untuk serahkan semuanya pada mereka.

Sebelum pertandingan, aku tak dapat bersama mereka sebab aku sentiasa perhatikan persembahan pasukan lain. So that aku boleh bandingkan bagaimana persembahan mereka dengan persembahan Philosophy. Aku agak kagum. Sebahagian pasukan-pasukan yang bertanding bukan calang-calang. Malah ada pasukan yang menuntut ilmu dengan kumpulan nasyid tersohor tanah air. Selain itu ada antara mereka merupakan juara pertandingan-pertandingan sebelum ini.

Oleh kerana itu, aku menjadi terlebih risau. Sebelum persembahan Philosophy bermula, aku ada lihat sendiri mereka buat preparation. Mungkin kerana aku terlebih risau, salah seorang dari mereka merasa tidak selesa dengan riak mukaku. Aku tak sangka sampai begitu sekali riak mukaku mempengaruhi mereka. Maaf dik. Akak tak dapat mengawal gelojak di hati.  :(

Akhirnya tiba waktu keramat itu. Bagi aku, persembahan Philosophy semasa pertandingan tu sememangnya persembahan terbaik yang pernah mereka perform. Memang berbeza sekali dengan latihan yang baru mereka lakukan sebelum itu. Aku dah cukup terharu ketika merakam persembahan mereka. Cuma tahan jelah air mata dikelopak mata. Takkan nak tunjuk masa persembahan tu. Dahlah aku duduk bahagian depan sekali. Karang tak pasal-pasal budak-budak tu buat muka pelik atas pentas tu. Hohoho...

Pada mulanya aku rasa down sangat bila keputusan untuk mara ke final diumumkan. Memang tak sangka Philosophy tak dapat ke final.Sebab kami semua yakin Philosophy mampu ke final. Bukan kami saja yang tak sangka. Tapi ada juga IPT lain yang macam tak percaya kami tak dapat mara ke final. Bila difikirkan, takkan nak salahkan juri? Mungkin juri buat keputusan seperti yang sepatutnya. Serius satu hari aku down!

Kemudian aku ditenangkan oleh rakan seperjuangan dari sebuah IPT lain. Lalu aku akur dengan keputusan Philosophy tewas. Aku akur kerana Philosophy adalah pasukan baru yang masih mentah dan tiada latar belakang. Philosophy hanya mampu berdikari dan belajar sendiri. Cuma terkadang mendapat pandangan dari orang yang rapat dengan kami. Kalau nak harapkan aku, aku memang tak mampu nak bantu. Sebab di mata, hati dan jiwa aku, mereka adalah yang terbaik. Sampai aku rasa aku tak mampu nak kata apa dah bila mereka menyanyi. Kadang-kadang sampai aku terpana. Ya, aku adalah peminat nombor satu mereka.

Ni gambar masa Philosophy tengah sound check

Tak apa dik. Tak ada rezeki. Lagipun Philosophy masih baru. Kita masih punyai banyak peluang. Semoga di lain hari, kita mampu lakukan yang lebih baik. (Ceh Fina! Macamlah diorang baca blog kau ni... Haiyya!)

Okelah. Aku tak boleh nak sambung dah. Karang banjir pulak bantal aku nak tidur malam ni. Actually aku tengah upload video mereka kat youtube. Tapi ada lagi 144 minit lagi nak siap. Padahal dah 50% dah diupload. Aku dah banyak kali cancel dan upload semula. Punyalah lembab internet ni ha. Adeh. Oke, kalau nak cari video aku kat youtube, cari kat KakAlongFina ye.


UPDATE : Ni videonye:





Wassalam...

No comments: