Assalamualaikum.
Ola! Selamat pagi! Selamat tahun baru! 2011 sudah.. Macammana dengan minggu pertama 2011 anda? Best atau macam biasa? Haha... Apakah azam baru? Cheh! Soalan skeptikal lah! (Skeptikal tu apa? Main bantai je ni. Haha!) <--- Mood tahun baru sebab ini post pertama sejak memasuki tahun 2011.
Waaaa... dah lama juga aku tak buat post baru. Sorry kawan-kawan. Busy sangat-sangat. Biasalah, susah benor nak berurusan dengan sistem web UiTM. Akhirnya, kena juga jumpa Penasihat Akademik (PA) dan buat secara manual. Itulah kelebihan kita sebagai manusia. Tak macam laman web, loading lah, data not match lah, web is under progress lah. Hohoho... Alhamdulillah.
Minggu pertama ni sememangnya kebanyakan lecturer tak masuk lagi. Dan pembelajaran pun belum bermula lagi melainkan beberapa subjeklah. Tapi aku still busy juga sebab banyak manage kelab.
Hari pertama kampus dibuka aku dah pergi ke unit aktiviti untuk ambil borang D. Iaitu borang kelulusan aktiviti yang aku mohon sejak semester lepas.
Aktiviti yang diluluskan untuk Persatuan Kesenian Islam yang di bawah kendalian aku ialah Konsert Malam Aspirasi Islam yang bertemakan Cinta Suci. Artis jemputan ialah Ustaz Nazrey Johani iaitu bekas kumpulan Raihan. InsyaAllah akan berlangsung pada 18 Februari 2011 ni. Semoga semuanya bakal berjalan lancar.
Aktiviti kedua ialah Pertandingan Nasyid inter Fakulti dan Kolej. InsyaAllah pertandingan ini pun akan berakhir pada 18 Februari juga. Aktiviti ni di bawah kendalian kawan aku, Zaquan. Dan aktiviti ketiga telah ditolak. Iaitu Kembara Mencari Sinar. Ada juga sedikit perasaan lega kerana terasa sedikit bebanan telah dibuang. Haha! Jahat gila. Yelah, macam cuak kot nak pergi Taman Tamadun Islam yang langsung aku tak pernah jejak tu. Adus.
Kelab Rakan Siber pula, aktiviti yang sama macam semester lepas. Kem, RS Tour, dan Pertandingan Forografi.
Disebabkan aktiviti-aktiviti kat atas ni, aku jadi super busy lagi sebab harini (Jumaat) hingga Ahad nanti aku ada Kursus Pengurusan Organisasi (KPO). Jadi busy sebab sibuk nak cari orang untuk pergi KPO ni. Lepas tu kene buat surat pelepasan untuk yang ada aktiviti kokurikulum lagi petang ni. Haiyya! Dua hari lepas aku dah hantar surat tu dan telah diluluskan oleh Timbalan Pengarah (TP), tapi boleh pulak Personal Assistant TP tu hilangkan! Pergh! Rasa nak mengamuk je. Tapi disebabkan aku aku kesian kat beliau sebab buat muka cuak, aku cool je lah.
Dengan cool-nya, aku buat semula surat tu. Nasib baik ada bawak soft copy tu. So tinggal sign je. Tapi memang aku geramlah sebab sepatutnya aku janji kat anak-anak buah aku aku akan bagi pagi semalam. So terpaksalah pagi ni naik lagi ke tingkat 8 yang gila jauh nak menapak dari parking moto ke bangunan Laman Perdana tu. Jangan kata nak menapak, ni ha nak bangun dari tilam pun malas sebab harini semua kelas aku batal. Haiyya~
Oke! Oke! Panjang sudah post untuk harini. Sebenarnya nak kene bersiap nak pergi kampus ambil surat tu. Plus, kene packing untuk ke KPO. Adus. Ni yang aku paling malas sekali. Okelah. Nak kene mandi ni. Busuk! Hihi... Bye! Hingga berjumpa lagi~
p/s: Malam tadi one of my bestfriend, Siti Aisya dah berlepas dari airport untuk ke Jerman. Sedihnya tak dapat jumpa dia buat kali terakhir. Semoga kau baik-baik saja ecah~
Wassalam.
3 comments:
babai bucuk.. kah3!!!
alhamdulillah..epy dengar pki masih bernafas lagi..hehe thkz along..sape jd pengerusi?
teringat waktu bz kat uitmpp dulu..huhu :')
best ceta ni...tapi pjang sgat...
Post a Comment