Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau Malaya!


Assalamualaikum.

Tahniah! Syabas! 

Alhamdulillah. Tidak tahu bagaimana harus aku ucapkan lagi. Sememangnya aku sungguh berbangga dengan keputusan Piala Suzuki 2010 ini. Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan tewas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, tapi aku tetap berbangga dengan pencapaian pasukan Harimau Malaya. Jaringan satu gol oleh Safee Sali di tempat musuh sememangnya membuktikan pasukan Harimau Malaya tidak gentar walaupun penyokong Malaysia tidak seramai penyokong mereka di Bukit Jalil yang dapat memberikan sokongan terus dari stadium melainkan pemain, jurulatih dan pegawai dari Malaysia.

Syabas juga aku ucapkan kepada penyokong Garuda yang sanggup bersusah payah untuk menunjukkan sokongan yang begitu padu walaupun menyedari amatlah sukar untuk mengalahkan pasukan Malaysia yang berbekalkan kemenangan 3-0 dari Stadium Bukit Jalil, dan mampu mengawal perasaan ketika terpaksa akur dengan keputusan kemenangan skuad Malaysia. Aku mengharapkan mereka dapat menerima keputusan ini dengan rasional dan hati yang terbuka.
Walaupun begitu jelas aku lihat dari kaca television bahawa pancaran laser telah dihalakan ke arah pemain kita, namun skuad Malaysia tidak memandang serius akan perkara itu sebaliknya hanya fokus pada permainan. Sikap itulah yang sepatutnya kita beri contoh kepada penyokong fanatik Sang Garuda yang hanya tahu mencari kesalahan musuh.

Aku harap keputusan ini dapat membuka mata dunia bahawa skuad Harimau Malaya tidak lagi harus dipandang remeh seperti sebelum ini. Aku juga berharap perlawanan ini tidak akan lebih mengeruhkan pandangan negatif rakyat Indonesia dengan menyedari bahawa kalah dan menang adalah adat dalam sesebuah pertandingan. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia diharapkan agar dapat berlangsung dengan lancar tanpa sebarang pengaruh dari segi emosi disebabkan perlawanan ini. Sesungguhnya pihak Malaysia dan Indonesia saling memerlukan antara satu sama lain. 

Sampai di sini sahaja, Wassalam.

Harimau Malaya VS Garuda; Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!

Assalamualaikum.
Tak sabar menanti perlawanan malam ni.
Cepatlah pukul 8.00 malam! 
Jap, malam ni mereka pakai baju kuning ke biru?

Okeylah, itu je nak post hari ni.

Aku doakan semoga pasukan Malaysia dapat menjulang piala juara. InsyaAllah!

Selamat Maju Jaya Harimau Malaya!



Gambar ihsan Google.

Wassalam.

Sunday, December 26, 2010

3-0. Tahniah Pasukan Malaysia!

Assalamualaikum. 

 

TAHNIAH! Mungkin terlewat, tapi aku tetap nak ucap juga. Bukan nak berlagak, tapi aku memang sangat yakin pasukan Malaysia mampu menentang pasukan negara serumpun kita. Dan kini, pasukan Malaysia sudah  selangkah untuk menjulang piala juara. Tahniah untuk K. Rajagobal  kerana berjaya melatih mereka sebaiknya. Tahniah juga aku ucapkan kepada Safee Sali dan Mohamed Ashari kerana menjaringkan gol untuk Malaysia.

Cuma aku kecewa sikap penyokong yang cuba mengeruhkan keadaan dengan pancaran laser. Boleh jadi pancaran laser itu bukan dari panyokong Malaysia, dan mungkin sebaliknya, tapi ia tetap mengeruhkan nama Malaysia. Aku harap kejadian ini takkan berulang lagi. Aku juga risau keadaan penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno itu nanti.  Cuak kalau mereka agresif. Almaklumlah, mereka mempunyai pandangan negatif terhadap Malaysia. Semoga tiada apa yang negatif bakal berlaku.


Semoga berjaya perlawanan Rabu ini.



p/s: Gambar ihsan Google
Wassalam.
 

Thursday, November 11, 2010

Rumah. Dia. Doa.

Assalamualaikum.

Huh... Lega. Akhirnya examku habis juga. Susah. Memang susah. Cuak dengan result yang akan datang. Entri kali ini, ala-ala ayat tak boleh belah. Sebab aku tengah feeling sedih sekarang. Jadi, sila sesuaikan mood aku dengan mood kalian.

Rumah.

Balik rumah. Mungkin malam ini. Mungkin juga esok. Entah. Tak tahu lagi. Bergantung bila parents aku akan masukkan duit. Duit aku ah habis. PTPTN? tak cukup. Entah kenapa tak cukup aku pun tak tahu. Boros ke aku? Yelah kot. Haisy! Ape nak jadi lah.

Rumah. Aku rindu ke dengan rumah? Rindu. Tak sabar nak balik rumah. Tapi kalau dah sampai rumah, lepas tu kata pulak, tak sabar nak balik Penang.   ( -.-")

Bila dah sampai rumah, aku akan jadi busy. Internet memang akan jarang sangat sentuh. Sebab aku akan tolong parents aku kat kedai. Sangat jarang aku online. Kadang-kadang je aku akan online. So kalau tengok aku tak update blog, tak online Facebook atau Twitter, faham-faham jelah.

Kalau kat rumah, tak habis-habis gaduh dengan adik-adik aku. (semua adik-adik aku lelaki). Terutamanya yang bawah aku tu. Ada saja yang tak puas hati. Tapi kadang-kadang dia pun boleh di harap. Kalau nak pergi mana-mana, bawak dia sebab dia lebih tau selok belok Shah Alam. Kadang-kadang kesian kat adik-adik aku yang lain macam di-adiktiri-kan. Tapi nak buat macammana kan, motor boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Huhuhu...

Tadi aku call rumah. Adik bongsu aku, Razif kata dia rindu aku. Terharu.

Dia.

Aku akan tinggalkan Penang. Semester ni aku balik, tanpa inform apa-apa pada seseorang tu. Agak janggal sebenarnya. Kalau sebelum ni, bila aku beli tiket bas, aku mesti telefon dia dulu, kau balik bila? Nak naik dengan aku tak? Nak aku tolong belikan tiket tak? Ataupun, kalau dia dah pasti takkan balik dengan aku, aku mesti tanya dia akan balik bila, naik apa dan macam-macam lagi. Tapi bukan dia seorang, ada juga rakanku yang sedestinasi denganku akan ku tanya.

Tapi semester ni berbeza. Kerana dia bukan lagi dia yang aku kenal. Dia bukan lagi sahabat aku yang dulu. Dia telah berubah. Boleh dikatakan, dia sudah tidak wujud lagi dalam dunia aku. Bukan aku yang membuang dia. Tapi dia yang seperti tak sudi berkawan denganku. Ah! Hanya dia seorang saja. Aku kan masih punyai ramai kawan lagi.

Dia seorang lelaki. Ya, aku salah, aku silap, aku mengerti. Tak seharusnya aku lakukan itu kepada seseorang yang bernama lelaki. Dulu aku lakukan itu kerana memikirkan dia adalah sahabatku. Namun aku tetap menjaga batasku. Dia antara sahabat yang aku rapat denganku berbanding kawan-kawanku yang lain.  Baiklah, aku silap. Aku berjanji tak akan lakukan itu lagi padanya. Maafkan aku.

Kepada dia. Maafkan aku. Jika kau rasa aku sungguh menjengkelkan. Percayalah, aku tak pernah berniat atas apa yang aku lakukan untuk kepentingan aku. Tolong lupakan semua yang pernah berlaku. Walaupun sebenarnya aku yang tak mampu.

Doa.

Sebelum mengundur diri, aku ingin mohon maaf kepada sesiapa yang sudi membaca coretan ini. InsyaAllah, jika umurku panjang, jika jari-jemariku belum cacat, jika mindaku masih waras, akan ku teruskan coretanku Januari nanti. Doakan aku agar selamat sampai kerumah, selamat kembali ke Penang suatu masa nanti. InsyaAllah. Doaku, semoga Allah melindungi kita. Moga Allah sentiasa mendengar doa kita. Amin.

Wassalam.

Wednesday, November 10, 2010

Selamat Hari Lahir Inna. Aku sayang kau.



Sahabat,
ingin sekali aku menemuimu
mendakapmu
mengucup pipimu
lalu menuturkan kata-kata ini
Selamat Hari Lahir


Sahabat,
kini usiamu bertambah

kau semakin dewasa


kau semakin matang
kau semakin berbeza berbanding dahulu

kau semakin mengenal dunia


kau semakin ramai kenalan
namun bagiku sahabatku
tiada yang dapat menandingimu
tiada yang dapat mengambil tempatmu
kau sememangnya sentiasa di hatiku



Sahabat,
terima kasih kerana menjadi sahabatku
walau aku tahu,
aku hanyalah salah seorang dari sahabatmu
namun bagi ku
kaulah sahabatku
di dunia mahupun akhirat

Sahabat,
Mungkin suatu ketika dahulu
Aku pernah menyakitimu
Aku pernah membuatmu resah
Aku pernah membuatmu rasa terhina
Mungkinkah?

Jikalau sememangnya tepat kata-kataku
aku mohon padamu
maafkan aku
maaf kerana kekhilafanku
maaf kerana kebodohanku
maaf kerana aku tidak sempurna

Sahabat,
aku berdoa
semoga Allah merahmatimu
semoga Allah melimpahkan rezeki untukmu
semoga Allah menjadikan masa depan yang baik untuk mu
dan aku juga berdoa
semoga persahabatan kita kekal untuk selamanya
semoga kita bersama-sama mengecap kejayaan
semoga kita sama-sama dapat menjadi wanita solehah
Amin ya Rabbal alamin.

Wassalam...