
Thursday, October 22, 2009
Emergency Number is 122, not 999!

Wednesday, October 21, 2009
Gambar Kenangan Platun A4 Kesatria Negara +++ Blog Rakan Siber
Post yang lepas aku da crite tentang Komander2 kami kan.. Arini aku nak tunjuk plak gambar platun aku, A4. Seperti kebiasaan, aku takde dalam gambar sebab aku jadi tukang tangkap gambar. huhuhuu.. (sedih tak?) ( -.-")
dah! dah! takde maknenye nak sedih2...
To be frank, aku takde la kenal sangat sume platun aku tu... sikit2 tu adela... yela, ramai beb!!! jumpe pon seminggu sekali. bukannye ade sesi perkenalan ke, ice breaking ke, atau pape je lah.. cume bile ade amik attandance tu je la mata melilau tengok sape pemilik nama yang dipanggil. takpon klu nak tahu nama seseorang tu, tunggu dia menyahut masa komander panggil nama die. fuh~ letih kan... kan3! erm.. Even komander sendiri pon, bukannye pernah kenalkan nama.. nasib baik ada name tag... Kan, Komander Hakim?
Tapi takpe.. nasib baik komander Hakim mesra la jugak (walaupun kadang2 garang gile!) dengan anak2 platun die nie.. Trimas komander... (^_^)v
Semoga segala ajaran (termasuk denda!) beliau dan jurulatih Kesatria dijadikan iktibar.. Ilmu itu bukan untuk disimpan saja, tapi umtuk diamalkan dan disampaikan...
Ok...Kawan2, nak gtau ni aku ade pegang lagi satu blog. Blog Rakan Siber UiTMPP. Adeh... jangan salah sangka ye kawan2, aku bukan pegang sorang2, mmg ade beberapa lagi ahli Majlis Tertinggi kami bertanggungjawab terhadap blog tu. Jadi jika ada kritikan, cadangan boleh la cepat2 gtau aku... k? Kepada Saudara Norman,(pengerusi Kelab Rakan Siber) sile lawat blog tu k? (sekarang!!!) aku dah ubah templete...
Malam ni, ada Majlis Penutup Pertandingan Fotografi UiTM Di Hatiku. Nak tau aku jadi pe malam ni????? Jadi MC... ye, kawan2.. Pengerusi Majlis. Huhu.. skrip pon tak buat lagi ni, dah rilek2 plak kan... mmg sengal... Nantikan aku malam ni, k???
K la kawan2... aku undur diri dulu. Doakan aku ye supaya malam ni semuanya berjalan lancar. InsyaAllah...
Wassalam...
~FiNa~
p/s:tangah fikir, patutke aku pakai highheel malam ni???
Majlis Penutupan Unit Kesatria Negara Semester 2009/2010
Berikut merupakan antara aktiviti yang dijalankan petang ni... tapi ni serba ringkas la mengikut daya ingatan aku.
- Kehadiran para Komander, pelatih, jurulatih dan VIP.
- Ucapan pembukaan majlis yang dipengerusikan oleh Komander Bunyamin dan Komander Hayati. (ingat beb!)
- Bacaan Doa (tak perasan sape yang bace. power spek tak cukup tinggi)
- Ucapan (xtau.dengar je. tak nampak orang)
- Gempur Kesatria
- Penyampaian anugerah kepada para pelatih dan komander cemerlang.
- Penyampaian cenderahati kepada VIP
- Sesi mengambil kedatangan pelatih
- Jamuan ringan
Tahniah kepada para penerima anugerah.
Di sini ade la jugak beberapa gambar yang sempat diambil bersempena hari terakhir kami memakai T-shirt Kesatria.hehehe...
Ha... tu la antara foto2 yang sempat diambil.
Ucapan khas buat komander2...
- Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kami sepanjang semester ini.
- Terima kasih kerana sanggup bersusah payah melatih kami supaya lebih berdisiplin dan berdedikasi.
- Terima Kasih diatas kesanggupan berteriak demi meng'command' kami, termasuklah berteriak "Yang belakang tu! cepatla!!! Dahlah lambat berlenggang pulak!" dikala kami lambat sampai ke padang kawad... (attention: aku tak pernah lambat k... ni bagi pihak pelatih lain. Siyes!!!)
- Terima kasih kerana menjaga kebajikan kami semasa dalam tempoh hari kokurikulum, termasuklah semasa Kem Kesatria kat Perak tempoh hari. (saye join taw!)
- Lagi pe erk? erm... berjuta terima kasih diucapkan. Mekaseyh!!!!
- Khas untuk Komander Platun A4, Komander Hakim, sila baca semula ucapan ini bagi menunjukkan betapa berterima kasihnnye saye kpd komander. huhuhu... (ape punyer ucapan daa dak Fina ooiii...)
ok, sampai di sini sahaja... Segala kekasaran atau tersilap kata saya memohon berjuta-juta-juta-juta kemaafan.
p/s:Artikel ni takde bermaksud sindiran atau melepas kemarahan atau ape2 sahaja yang negatif k... ni ikhlas dari hati yang suci... chewah... hehehe...
Salam Perpisahan,
~FiNa~
tetibe rindu kat Kadet Remaja Sekolah skolah aku dulu.. hehee.. aku jadi Sarjan tau.. huhuhu.. hampir2 jadi staf sarjan sebenarnya....
Tuesday, October 20, 2009
12 Azab Bagi Mereka Yang Mengabaikan Solat Berjemaah
Alhamdulillah, dalam ke'bz'an aku mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar semester 1 jurusan Kejuruteraan Mekanikal ni, sempat jugalah aku nak menembus masuk ke tingkap tanpa sempadan ni, sekurang-kurangnya untuk menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh dari kotak emailku yang sudah hampir dipenuhi sawang2 lelabah maya. (adeh! apahal ayat aku berbunga-bunga ros malam nie??)
Hehehe.. nampaknya, frequency aku untuk berblog sepanjang 3 hingga 4 minggu akan datang adalah berkadar rendah memandangkan final exam is around the corner. (adeh! masuk bahasa matematik + english la pulak! maklumlah, minggu final exam dah dekat kan... huhuhu) Aku rasa, aku mesti rindu punyelah blog ni, dan rakan2 seperjuangan sekalian...
Kawan2,
doakan aku erk untuk berjaya dengan cemerlang... (kalau boleh nak genggam anugerah dekan terus!)
Kawan2,
dalam kita menuntut ilmu, mengumpul harta mahupun bersuka ria, jangan kita lupa tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta. Sebagai menambah ke'afdhal'an solat yang kita kerjakan, tidak ada salahnya kita mengerjakan solat berjemaah. Oleh itu, renung-renugkan artikel aku kalini, menyedarkan kita betapa beratnya balasan orang yang mengabaikan solat berjemaah.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :
Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :
Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka
Oleh itu kawan2, sama-samalah kita renungkan, alangkah lebih baiknya kita mengerjakan solat secara berjemaah. Sampai disini saja. Jika terdapat khilaf dan salah dalam artikel ini, jangan malu, jangan segan, menyebarkan ilmu, sambil berdakwah, menyampaikan yang hak, tegurlah kesilapan.
Wassalam.
Monday, October 19, 2009
Manage lagi 1 blog???

Hari jumaat lepas..
aku menghadiri perjumpaan Kelab Kesenian Islam (PKI). yeah! anda mmg tak tersilam membaca nama kelab tu yeh... hehehe... Tak lama nkemudian, baru aku tahu, kelab tu ditubuhkan oleh kumpulan nasyid UiTMPP, Far-E-Zeen dan Asrar (Asrar skali ke? hurm, tak pasti laaa.. huhuuhu)
Perjumpaan tu lame la jugak.. sebab ada pemilihan AJK baru, Penerusi, naib pengerusi 1, dan Naib pengerusi 2... tak payah tertanye-tanye ye kawan2, aku tak jadi pape pon mase tu... lepas tu, penutupan. Lepas tu ade makan2 skit....
Selepas makan2....
oye, kelab ni ade blog.. so, dengan keizinan Abg Khalil, aku mintak kebenaran melihat blog tersebut.
Tidak lama kemudian, ade la perjumpaan antara MT-MT (MT=Majlis Tertinggi) untuk melantik ajk2 yg lain.. aku berada berhampiran situ bersama laptop Abg Khalil untuk melawat blog yang dikatakan.. (ni link blog PKI)
Tiba2, namaku dipanggil, gulp! aku dikhabarkan menjadi Exco ...(rahsia.. cheh!!!)... (or something like that) huhuhu... Ok, ok... TQ...
dah habis cerita...
setakat ni, ku blom buat pape lagi terhadap blog tersebut.. ( bz...) tapi da dapat tugasan untuk update blog tu utk perjumpaan hari jumaat lepas tu. sekarang aku tgh tunggu gambar baru untuk upload gamba.. lepastu, insyaAllah aku update..k?
ok, setakat tu je untuk harini, wassalam...
~FiNa~
